|
|
|
|
| |
| |
 |
|
"What Merdeka Means To You ?"
"Pengertian Merdeka Kepada Anda?"
(Kiriman terbaik akan menerima cenderahati daripada BERNAMA)
|
|
|
|
|
| |

|
| |
|
Noor Zaimah Mohd Kamil
Message: "Sebagai anak yang lahir dikala Malaysia sudah terbentuk dan Tanah Melayu sudah pun merdeka, menurut guru sejarahku, merdeka ialah kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Ayah pula kata merdeka itu bukan mudah untuk kita kecapi. Tapi setelahku fahami erti kemerdekaan itu barulah kutahu merdeka sebenarnya yang menjadikan aku insan yang paling bertuah didunia ini. Lahir di bumi Malaysia yang permai dan dilengkapi dengan segala infrastuktur. Syukur kepada Ilahi, terima kasih buat pejuang bangsa, terima kasih pemimpin-pemimpin kemerdekaan, juga terima kasih kepada kerajaan Malaysia. Harapanku suatu hari nanti aku juga akan menjadi seperti mereka dan terus berjuang mempertahankan kemerdekaan negara agar anak bangsaku kelak akan lebih mengerti erti kemerdekaan
" |
|
|
|
| |
|
Qurratu Aini Yaacob
Message: "Saya sebagai anak kelahiran Malaysia yang merdeka sejak tahun 1957, berasa bangga yang teramat sangat dengan pencapaian negara kita selama ini dari segi ekonomi, pendidikan, dan keupayaan duduk di bawah satu bumbung yang sama dengan pelbagai etnik masyarakat. Bagi saya merdeka adalah tahap kebebasan yang mutlak bagi sesebuah negara mahupan penduduk di dalam negara tersebut. Kebebasan ini merujuk kepada tahap pemikiran, luahan pendapat serta kebebasan untuk melakukan sesuatu yang berguna kepada diri seseorang tanpa bantahan serta pengaruh sekeliling terhadap mereka. Bagi saya merdeka juga adalah hasil keperjuagan serta pengorbanan individu untuk mencapai apa yang mereka kehendaki
" |
|
|
| |
|
Zaidi Suhaimi Gilong
Message: "Saya berharap agar apa yang sedang diusahakan itu bertepatan dengan apa yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin baru dan lama.
" |
|
|
|
| |
|
Azwan bin Ramli
Message: "kemerdekaan adalah kebebasan masyarakt Malaysia...kerana tidak dijajah semula...itu adalah dri fikiran saya..terima kasih....
" |
|
|
| |
|
Azlin
Message: "Merdeka bererti bebas hala tuju dalam proses membentuk dan membina jati diri dan bangsa Malaysia. Saya melihat merdeka dari segi tiga aspek iaitu dari segi pembangunan ekonomi supaya negara Malaysia setanding dengan negara-negara maju, iaitu dari segi penggunaan teknologi, semangat patriotisme dan juga dari segi tenaga professional. Malaysia perlulah menjana tenaga professional sendiri agar digunapakai di dalam dan juga di luar negara. Malaysia Boleh!
" |
|
|
|
| |
|
Yaakub Abdullah Sani
Message: "Merdeka bagi saya bermaksud bebas dari segi fizikal dan minda.Dari segi fizikal seperti bebas dari belenggu pejajahan dan kemiskinan,manakala merdeka minda ialah bebas dari kejahilan dan unsur-unsur dan budaya luar yang bertentangan dengan agama dan budaya kita.
" |
|
|
| |
|
Ayuni
Message: "Selamat menyambut Merdeka...
" |
|
|
|
| |
 |
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
| |
|
|
| |
 |
|
| |
 |
|
| |
|
Pada 15 Feb 1956, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra telah meletakkan batu asas bagi Stadium Merdeka di Kuala Lumpur yang merupakan stadium pertama di negara ini dan bakal menjadi gelanggang untuk upacara Pengisytiharan Kemerdekaan. Stadium yang mempunyai 22,000 tempat duduk itu direkabentuk oleh Pengarah Kerja Raya ketika itu SE Jewkes. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya mulai Julai tahun yang sama dan disiapkan dalam masa setahun. |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
|
Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir. |
|
|
| |
 |
|
| |
|
|
| |
|
|
|
|